Ladang Kampung Kundang

 

Nanas atau nama botaninya Ananas Comosus adalah dari keluarga Bromeliaceae, tanaman tropika yang dipercayai berasal dari Amerika Selatan.Mengikut sejarah, Christopher Columbus, penjelajah berbangsa Itali, adalah orang yang memperkenalkan nanas di serata dunia. Beliau telah menemui buah nanas di perairan itu. Semenjak itu nanas telah disebarkan di serata dunia. Beliau telah menemui buah nanas di perairan Caribbean pada tahun 1493 semasa pelayaran keduanya di perairan itu. Semenjak itu nanas telah disebarkan di serata dunia.

Sejarah nanas di Tanah Melayu bermula apabila orang-orang Portugis membawanya masuk ke Semenanjung Malaysia. Penanaman nanas di dunia berpusat di negara-negara seperti Brazil, Hawaii, Afrika Selatan, Kenya, Pantai Gading, Mexico dan Puerto Rico. Di Asia tanaman nanas ditanam di negara-negara Thailand, Filipina, Malaysia dan Indonesia.

Di Malaysia pula nanas banyak ditanam di negeri Johor, Selangor, Kelantan dan Pulau Pinang. Antara jenis nanas yang sesuai dan disyorkan ditanam adalah jenis Sarawak, Gandol, Mauritius (Moris), N36, Josaphine dan MD2.

Oleh sebab itu KOSAS juga telah mengambil inisiatif dan telah bermula dengan pembukaan Ladang Nanas yang terletak di Kampung Kundang, Kuala Langat, Selangor pada Januari 2005. Peringkat permulaan KOSAS hanya menanam nanas jenis N36 kemudia diikuti Josaphine dan MD2.

Kini, Ladang Kampung Kundang sepenuhnya telah ditanam dengan variati nanas MD2, Dengan doa anggota sokongan Anggota Lembaga Koperasi dan komitmen Pengurusan, Ladang Nanas, Kampung Kundang akan lebih maju dan dapat memberikan pulangan yang menguntungkan kepada KOSAS.

 

  • Hits: 527

© KOSAS Berhad © 2017