Ahli Lembaga Koperasi

  

 PENGERUSI

Y.Bhg. Dato' Hj. Md Aini b. Hj. Taib

 
     
 TIMBALAN PENGERUSI  SETIAUSAHA KEHORMAT BENDAHARI KEHORMAT 
Y.Bhg. Dato' (Dr.) Hj. Zabir b. Bajuri Tn. Hj. Mohamed b. Yusof  Tn. Hj. Basar b. Juraimi 

 

 Y.Bhg. Dato' (Dr.) Hj. Mohd Karim b. 
Hj. Abdullah Omar
Tn. Hj. Tamili b. Dulah Kusni En. Mohammed Chudi b.
Hj. Ghazali
 Y.Bhg. Dato' Iszhar b. Ibrahim
       
Y.H. Dato' Sri Mohd Ariffin
b. Hamzah
Y.Bhg. Dato' Mohammad Fo'ad 
b. Hj. Abdullah
Y.Bhg. Dato' Hassan b.
Mohd Amin
Y.Bhg. Dato' Fawziah bte.
Abd Karim
 
  • Hits: 3566

Ladang Kampung Kundang

 

Nanas atau nama botaninya Ananas Comosus adalah dari keluarga Bromeliaceae, tanaman tropika yang dipercayai berasal dari Amerika Selatan.Mengikut sejarah, Christopher Columbus, penjelajah berbangsa Itali, adalah orang yang memperkenalkan nanas di serata dunia. Beliau telah menemui buah nanas di perairan itu. Semenjak itu nanas telah disebarkan di serata dunia. Beliau telah menemui buah nanas di perairan Caribbean pada tahun 1493 semasa pelayaran keduanya di perairan itu. Semenjak itu nanas telah disebarkan di serata dunia.

Sejarah nanas di Tanah Melayu bermula apabila orang-orang Portugis membawanya masuk ke Semenanjung Malaysia. Penanaman nanas di dunia berpusat di negara-negara seperti Brazil, Hawaii, Afrika Selatan, Kenya, Pantai Gading, Mexico dan Puerto Rico. Di Asia tanaman nanas ditanam di negara-negara Thailand, Filipina, Malaysia dan Indonesia.

Di Malaysia pula nanas banyak ditanam di negeri Johor, Selangor, Kelantan dan Pulau Pinang. Antara jenis nanas yang sesuai dan disyorkan ditanam adalah jenis Sarawak, Gandol, Mauritius (Moris), N36, Josaphine dan MD2.

Oleh sebab itu KOSAS juga telah mengambil inisiatif dan telah bermula dengan pembukaan Ladang Nanas yang terletak di Kampung Kundang, Kuala Langat, Selangor pada Januari 2005. Peringkat permulaan KOSAS hanya menanam nanas jenis N36 kemudia diikuti Josaphine dan MD2.

Kini, Ladang Kampung Kundang sepenuhnya telah ditanam dengan variati nanas MD2, Dengan doa anggota sokongan Anggota Lembaga Koperasi dan komitmen Pengurusan, Ladang Nanas, Kampung Kundang akan lebih maju dan dapat memberikan pulangan yang menguntungkan kepada KOSAS.

 

  • Hits: 1776

Ar-Rahnu X'Change

Bermula pada bulan Februari 2011, KOSAS telah menceburi satu lagi perniagaan baru iaitu perniagaan pajak gadai Islam Ar-Rahnu X'Change. Perniagaan ini dibuat dengan kerjasama anak syarikat kepada Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad iaitu Rakyat Management Services(RMS). Sebagai komitmen jangka panjang dalam perniagaan ini, KOSAS telah membeli bangunan 2 tingkat untuk dijadikan sebagai premis Ar-Rahnu X'Change yang terletak di : No. 15, Blok A, Jalan PJS 5/30, Petaling Jaya Commercial City, Petaling Jaya Selatan , Selangor.(Bersebelahan Taman Medan). No. Tel: 03-77817849 No. Faks: 03-77818960

 

Apa itu Ar-Rahnu

Ar-Rahnu adalah sistem pajak gadai yang berlandaskan syariah dengan implementasi gabungan 3 konsep ekonomi Islam. Modus operandinya ialah memberikan pinjaman mikro dengan cagaran barangan kemas dan mengenakan upah simpan yang rendah mengikut tempoh tertentu.

Ia bertujuan untuk menyediakan  keperluan wang tunai segera kepada masyarakat setempat dan   menghapuskan penindasan dalam urusan pajak gadai.

Keistimewaan Ar-Rahnu X'Change

Berbanding pajak gadai konvensional, Skim Ar-Rahnu lebih meyakinkan dari sudut berikut :-

  • Tahap keselamatan yang tinggi
  • Ketulusan urusan
  • Sistem pengkomputeran yang sistematik/berkesan
  • Keselesaan
  • Menguntungkan, adil dan mesra pelanggan

 

Keistimewaan Ar-Rahnu X'Change :-

  • Bayaran balik yang rendah dan fleksibel
  • Pembiayaan sehingga RM150,000.00
  • Tempoh gadaian sehingga 6 bulan dengan lanjutan 6 bulan tanpa had
  • Perlindungan takaful sepenuhnya
  • Pembiayaan berlandas syariah dan bebas dari riba
  • Margin gadaian yang tinggi
 

Cawangan Ar-Rahnu X'Change KOSAS

  1. Cawangan PJCC, Taman Medan
    • Jalan PJS 5/30, Pjs 2 Pusat Dagangan Petaling Jaya, 46150 Petaling Jaya, Selangor
    • Telefon : +603-7781 7849
  2. Cawangan Alam Avenue 2, Shah Alam 
    • No. C-3-G, Jalan Serai Wangi L 16/L, Alam Avenue 2, Seksyen 16, 40000 Shah Alam, Selangor
    • Telefon : +603-5523 8413

 

 

WAKTU OPERASI 

Isnin - Jumaat

9.00 Pagi - 5.00 Petang

 

 

 

 

  • Hits: 2565

Keanggotaan

Keanggotaan Koperasi ini terbuka kepada semua Anak Melayu Selangor. Menurut seksyen 26 dan 27 Akta, seseorang yang ingin menjadi anggota Koperasi ini mestilah :-

  1. warganegara Malaysia;
  2. telah mencapai umur lapan belas tahun;
  3. bukan seorang yang terhadapnya masih berkuatkuasa suatu sabitan bagi kesalahan boleh daftar, atau tidak upaya dari segi mental, atau bankrap yang belum dilepaskan, atau pernah dibuang daripada keanggotaan mana-mana koperasi dalam tempoh satu tahun.

 

FI MASUK (Undang-undang Kecil 12(1)

Tiap-tiap permohonan menjadi anggota hendaklah disertakan dengan fi masuk sebanyak lima puluh ringgit. Fi masuk itu menurut perenggan 50(a) Akta akan dikembalikan kepada pemohon jika permohonannya ditolak oleh Lembaga.

 

PEROLEHAN HAK, KEWAJIPAN & LIABILITI ANGGOTA (Undang-undang Kecil 16)

Menurut seksyen 28 Akta, tiap-tiap anggota yang telah menjelaskan bayaran penuh satu ribu ringgit syer bolehlah melaksanakan segala hak, kewajipan dan liabiliti sebagai seorang anggota sebagaimana yang terkandung di dalam Undang-undang Kecil ini.

 

PENAMA (Undang-undang Kecil 18)

Tiap-tiap anggota hendaklah mengisi satu borang rasmi Koperasi ini, dihadapan dua saksi yang mengakusaksi perkara yang sama atau suatu akuan yang dibuat sewajarnya, menamakan seorang wasi dari kalangan waris-waris terdekat yang mutlak tassarrufnya untuk menerima setelah dia mati wang-wang yang terhak baginya di dalam Koperasi ini bagi diagihkan kepada waris-waris yang berhak mengikut hukum Islam dan hendaklah memberitahu Koperasi akan perubahan-perubahan, jika ada, mengenai penamaan itu. Dalam hal-hal sedemikian, nilai syer atau kepentingan anggota itu hendaklah sama dengan jumlah wang yang sebenarnya dibayar oleh anggota itu untuk memperolehi syer atau kepentingan tersebut itu sebagaimana yang dinyatakan di bawah subperaturan 7(1) Peraturan.

 

MENARIK DIRI (Undang-undang Kecil 22)

  1. Seseorang anggota boleh menarik diri daripada Koperasi ini dengan memberi notis bertulis dua belas bulan terlebih dahulu kepada Lembaga. Atas sebab-sebab yang munasabah, Lembaga boleh membenarkan penarikan diri dalam masa yang singkat.
  2. Melainkan tarikh lebih awal dipersetujui oleh Lembaga, maka keanggotaan anggota itu hendaklah terhenti hanya pada hari genap tempoh notisnya.
  3. Dalam tempoh notis itu, anggota yang demikian hendaklah masih mempunyai hak, kewajipan dan liabiliti sebagai seorang anggota.
  • Hits: 4015

© KOSAS Berhad © 2017