Ikon 1 Ikon 2
Keanggotaan | KOSAS
KEANGGOTAAN
KELAYAKAN MENJADI ANGGOTA (Undang-undang Kecil 11)
  1. Keanggotaan Koperasi ini terbuka kepada anak melayu Selangor.
  2. Menurut seksyen 26 dan 27 Akta, seseorang yang ingin menjadi anggota Koperasi ini mestilah -
    • warganegara Malaysia;
    • telah mencapai umur lapan belas tahun;
    • bermastautin atau mempunyai hartanah atau bekerja dalam kawasan operasi Koperasi ini; dan
    • bukan seorang yang terhadapnya masih berkuatkuasa suatu sabitan bagi kesalahan boleh daftar, atau tidak upaya dari segi mental, atau bankrap yang belum dilepaskan, atau pernah dibuang daripada keanggotaan mana-mana koperasi dalam tempoh satu tahun.
FEE MASUK (Undang-undang Kecil 13)
  • Tiap-tiap permohonan menjadi anggota hendaklah disertakan dengan fee masuk sebanyak lima puluh ringgit. Fee masuk itu menurut perenggan 50(a) Akta akan dikembalikan kepada pemohon jika permohonannya ditolak oleh Lembaga.
  • Bekas anggota yang memohon untuk menjadi anggota semula dikenakan fee masuk sebanyak seratus ringgit.
PEROLEHAN HAK, KEWAJIPAN & LIABILITI ANGGOTA (Undang-undang Kecil 16)
  • Menurut seksyen 28 Akta, tiap-tiap anggota yang telah menjelaskan bayaran penuh satu ribu ringgit syer bolehlah melaksanakan segala hak, kewajipan dan liabiliti sebagai seorang anggota sebagaimana yang terkandung di dalam Undang-undang Kecil ini.
PENAMA (Undang-undang Kecil 18)
  1. Tiap-tiap anggota hendaklah menamakan seorang wakil di sisi undang-undang untuk menerima setelah dia mati, wang yang terhak baginya di dalam Koperasi ini bagi diagihkan kepada waris yang berhak mengikut hukum Islam.
  2. Anggota itu boleh dari semasa ke semasa membatalkan atau menukar penama tersebut dan hendaklah memberitahu Koperasi secara bertulis akan perubahan, jika ada, mengenai penamaan itu.
HILANG KELAYAKAN SEBAGAI ANGGOTA (Undang-undang Kecil 20)
  • Seseorang anggota akan hilang kelayakannya sebagai anggota jika dalam tempoh menjadi anggota, dia -
    • tidak upaya dari segi mental;
    • seorang bankrap yang belum dilepaskan;
    • seorang yang terhadapnya masih berkuat kuasa suatu sabitan bagi kesalahan boleh daftar;
    • telah dibuang daripada menjadi anggota di bawah Akta dan suatu tempoh satu tahun belum lagi berlalu dari tarikh pembuangan;
    • tidak lagi bermastautin, mempunyai hartanah dan bekerja dalam kawasan operasi Koperasi; atau
    • hilang kewarganegaraan.
TERHENTI MENJADI ANGGOTA (Undang-undang Kecil 21)
  1. Keanggotaan seseorang terhenti atas sebab berikut:
    • mati;
    • menarik diri menurut undang-undang kecil 22; dan
    • dibuang menurut undang-undang kecil 23;
  2. Lembaga hendaklah menyingkir seseorang anggota yang-
    • didapati membuat akuan palsu menurut undang-undang kecil 14;
    • hilang kelayakan sebagai anggota menurut undang-undang kecil 20;
    • terhenti keanggotaannya menurut perenggan (c) fasal (1); atau
    • gagal menjelaskan syer minimum menurut undang-undang kecil 57.
MENARIK DIRI (Undang-undang Kecil 22)
  • Seseorang anggota boleh menarik diri daripada Koperasi ini dengan memberi notis bertulis dua belas bulan terlebih dahulu kepada Lembaga. Atas sebab-sebab yang munasabah, Lembaga boleh membenarkan penarikan diri dalam masa yang singkat.